Monday, December 29, 2008

Maaf

Blogger Buletin Al Barakah ingin memohon maaf kerana tidak dapat 'upload' buletin-buletin terkini atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan.

Harap Maaf.

-Editor@Blogger-

Tuesday, November 11, 2008

Air Sarang Burung (Muslim Product)



Air Sarang Burung...

Dengan izin Allah SWT, amat baik untuk menghindari dan merawat penyakit Batu Karang, Lelah, Asma, Batuk yang berpanjangan. Juga baik untuk menyejukkan dan menyegarkan badan.

Pengedar diperlukan area Sungai Petani - Kuala Muda - Seberang Perai Utara.

Hubungi:-
013-4702268 (Ustazah Siti Mariam)
019-5744244 (Ustaz Rizal).

Saturday, November 8, 2008

BULETIN 07.11.2008

Buletin minggu ini tidak diterbitkan berikutan beberapa masalah yang belum dapat diselesaikan. Buletin ini akan kembali diterbitkan setelah masalah tersebut dapat diselesaikan secara berhemahnya, Insya Allah.

Segala kesulitan amatlah dikesali. Harap Maaf.

-Editor Buletin Al-Barakah

Sunday, November 2, 2008

Buletin 31.10.2008

ATAS BEBERAPA SEBAB YANG TAK DAPAT DIELAKKAN BERIKUTAN BEBERAPA MASALAH YANG BELUM DAPAT DISELASAIKAN, BULETIN KELUARAN 31.10.2008 KALI INI TIDAK DAPAT "PUBLISH". INSYA ALLAH JIKA SEGALANYA SELESAI, IA AKAN KEMBALI DI PAPARKAN DI SINI.

HARAP MAAF.

Apa itu Hari Tarwiyah...

"maka sunat bagi Imam pada hari yang ke-tujuh itu membaca khutbah di Mekah kemudian daripada sembahyang Zohor, dan manyuruh ia akan manusia dengan bersedia keluar pagi-pagi ke Mina pada hari Tarwiyyah, iaitu hari ke-delapan dan bermalam di Mina, dan pagi-pagi hari ke-sembilan itu berjalan dari Mina ke Arafah kerana mengerjakan fardhu wukuf……

(dan sunat) ia tatkala keluar dari Mina itu membanyakkan Talbiah. Maka apabila sampai kepada Mina maka sunat dibacanya…….

Dan sunat ia bermalam di Mina hingga subuh, maka apabila terbit matahari di atas bukit maka berjalan ia ke Arafah……"


- Rujuk Siarus Salikin, Juzu' 1 muka surat 160 karangan 'Allamah Syeikh Abdul Samad Palembani.


"Dari Ibnu Umar RA ia berkata: pernah kami berjalan pagi-pagi hari bersama Rasulullah SAW dari Mina ke Arafah, sebahagian kami membaca talbiah dan sebahagian lagi membaca takbir." (Hadith Riwayat Muslim)


- Rujuk kitab Fiqh Syafie, Jilid 1 muka surat 469. Terbitan Pustaka Antara Kuala Lumpur. Cetakan tahun 1994.


Termasuk dalam sunnah aialah berangkat menuju Mina pada hari Tarwiyyah (Hari Tarwiyyah ialah hari ke delapan dari Zulhijjah, disebut demikian kerana terambil dari riwayat di mana Imam meriwayatkan tatacara haji kepada umat. Ada pula mengatakan asalnya dari Irtiwa' – menyediakan perbekalan air – kerana mereka mengambil air pada hari itu di Mina untuk persediaan (wukuf).


- Rujuk kitab Fiqh Sunnah, Jilid 5 muka surat 175. Karangan Sayyid Sabiq. Terbitan PT Al-Ma'arif Bandung.


"Di hari kelapan Zulhijjah yang dikenali juga sebagai hari Tarwiyah, Baginda bergerak menuju ke Mina. Di Mina Baginda telah menunaikan solat Zohor, Asar, Maghrib, Isya' dan Subuh. Baginda berhenti di situ beberapa ketika hingga matahari naik barulah Baginda berangkat (ke Arafah)…"


- Rujuk Al Raheeq Al Makhtum, Sirah Rasulullah SAW oleh Syeikh Sofiy Al-Rahman Al-Mubarakfuri. Muka surat 825-826. Terbitan Kumpulan Usahawan Muslim Sdn. Bhd. Cetakan tahun 2000.


Wednesday, October 22, 2008

Korban 1429H/2008

Akan diadakan pada Hari Raya ke-2 AidilAdha 1429H akan datang bersamaan 9 Disember 2008 (Selasa) di Masjid Al-Barakah, Tikam Batu. yang berminat untuk menyertai sila hubungi Ajk Masjid Al-Barakah. bayaran penyertaan adalah RM350.00 untuk satu bahagian korban.

AJK Masjid Al-Barakah

Timbalan Pengerusi : Mazalan Osman
Setiausaha : Ahmad Sabri Zainol
Bandahari : Romazi Abdul

AJK
:
  1. Rizal Mat Razi
  2. Musa Yahya
  3. Anuar Md Isa

Buletin Jumaat 24.10.2008



Buletin Al-Barakah keluaran Jumaat 24.10.2008...baca dan print bagi kat kawan2...